Qaseh Gold

Tuesday, June 24, 2014

PEMAKANAN SIHAT - QASEH GOLD

PROSES OKSIDASI DAN RADIKAL BEBAS

Dalam setiap sel badan kita ada ‘relau’ dipanggil mitochondria. Semasa oksigen digunakan dalam ‘relau’ sel untuk menghasilkan tenaga – RADIKAL BEBAS dihasilkan.
Mitochondria
Radikal bebas ini ada satu elektron tidak berpasangan diluar orbitnya lalu memberikan ia caj elektrik.
Radikal Bebas

Jika radikal bebas ini tidak dineutralkan oleh anti-oksidan, ia akan membiak lebih banyak!

Radikal bebas yang semakin banyak akan merosakkan dinding sel, dinding pembuluh darah, protein, lemak dan juga nucleus DNA sel kita!!!

Radikal bebas adalah sangat jahat!!!

Tindakbalas radikal bebas macam tempat pendiang api. Pada kebanyakan masa api terbakar dengan elok tapi kadang-kadang berlaku percikan api yang jatuh atas karpet.
Setiap kali ia jatuh atas karpet, akan menyebabkan karpet berlubang. Jika percikan api berlaku berbulan-bulan, tahun demi tahun – karpet akan berlubang teruk macam digigit tikus.
Pendiang api umpama relau sel (mitochondria), bara api umpama caj radikal bebas dan karpet umpama badan kita.
Mana-mana bahagian badan yang lebih banyak dapat kerosakan akibat radikal bebas akan mudah diserang penyakit kronik.

Pertahankan badan kita dari serangan radikal bebas dengan anti-oksidan!

Anti-oksidan bertindak seperti perisai yang menghalang percikan bara api dari mengenai karpet. Bersama-sama dengan nutrient tambahan, anti-oksidan boleh menghalang radikal bebas dari merosakkan badan kita.
Kebanyakan anti-oksidan datang dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi disebabkan kandungan mineral dalam tanah semakin berkurangan, proses tuaian hijau, proses simpanan sejuk-beku dan penyediaan makanan tidak betul – menyebabkan keperluan anti-oksidan kita tidak mencukupi!
Jadi kita perlu dapatkan anti-oksidan tambahan dari vitamin tambahan yang berkualiti tinggi.

KHASIAT KURMA - QASEH GOLD ADINDA KEKANDA

Kurma adalah salah satu buah istimewa yang disebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran!

Kurma - Qaseh Gold


Kurma - Qaseh Gold 

Kurma juga adalah merupakan makanan pilihan Rasulullah saw kerana mengandungi khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia.
Kurma - Qaseh Gold
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesungguhnya terdapat satu pokok, barakahnya seperti barakah seorang muslim.Ia adalah pohon kurma.” (Shahih Al-Bukhari)

“Sesiapa yang bersarapan (makan pagi) dengan tujuh biji kurma ‘ajwah, maka pada hari tersebut dia tidak akan dibahayakan dengan racun dan tidak juga sihir.” (Sunan Abi Daud)

“Tidak akan kelaparan penghuni rumah yang di dalamnya memiliki at-tamr (kurma kering).” (Shahih Muslim)

Dari Abi Musa radhiyallahu ‘anhu:
“Ketika anakku lahir, aku membawanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau memberi nama bayiku Ibrahim, dan beliau mentahniknya dengan kurma lalu mendoakannya dengan keberkahan. Kemudian beliau kembalikan kepadaku.” (Shahih Al-Bukhari)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah keluar di waktu pagi ‘iedul fithri sampailah beliau terlebih dahulu memakan beberapa tamr (kurma kering).” (Shahih Al-Bukhari)

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai khasiat makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2%, serat 2-4% manakala kandungan gulanya 50-57% glukosa.
Kandungan gula di dalam kurma telah ditukar secara semulajadi dalam bentuk yang boleh diserap oleh badan dengan serta merta. Allahuakbar!
Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fruktosa. Gula tebu atau gula pasir pula mengandungi sukrosa. Gula fruktosa dan sukrosa tidak boleh diserap terus oleh badan. Ia terpaksa dipecahkan dulu oleh enzim untuk menjadi glukosa supaya boleh diserap oleh badan sebagai tenaga.
Amalan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. (Dr Suriya Osman)
Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. (Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia)
Khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. (Kajian Ahli Sains Mesir)

Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Junior menggunakan pes (puri) kurma asli yang memastikan anda sekeluarga mendapat semua kebaikan buah kurma yang merupakan sumber tenaga segera, mineral dan vitamin semulajadi.

Qaseh Gold memberikan rasa buah asli yang segar. Anda dan keluarga pasti sukakan kebaikan Qaseh Gold!

KHASIAT GARAM BUKIT - SOLE

Lebih kurang 300 juta tahun dahulu, satu lautan primodial meliputi kawasan yang kemudiannya menjadi banjaran gunung Himalaya.
Garam daripada lautan yang bersih dan tidak tercemar itu dikekalkan sebagai satu formasi besar kristal. Kini sumber garam kristal ini menghasilkan garam yang paling tulen dan berkhasiat di dunia serta mengandungi semua 84 elemen yang ditemui dalam darah kita.
Ketulan kristal garam Himalaya sesuai digunakan untuk mandian dan juga sebagai pati sole (disebut solay) untuk bancuhan air minuman.

Air Mineral Botol versus Air Masak + Sole

Air mineral adalah air yang mengandungi mineral atau garam galian (samada semulajadi atau ditambah). Kebanyakan air mineral mengandungi beberapa trace minerals seperti calcium, magnesium, zinc, iron, sodium, potassium, chloride, nitrates, sulphates, fluoride dan bicarbonates yang diperlukan oleh tubuh badan.
Air Mineral
Ada sepuluh kebaikan meminum air mineral:
  • menyihatkan kulit
  • melancarkan sistem pencernaan
  • meningkatkan fungsi buah pinggang
  • memudahkan fungsi hati
  • meningkatkan sistem imun
  • melancarkan aliran darah
  • meningkatkan fungsi otak
  • membantu nyah toksin
  • membekalkan tenaga
  • bertindak sebagai pelincir untuk sendi dalam badan
Ada banyak jenis air mineral yang dijual dan harganya berbeza mengikut jenama.
Harga air mineral 1.5L pelbagai jenama yang dijual di Tesco adalah seperti berikut:
Air Mineral

Harga mineral paling mahal adalah brand Evian berharga RM8.39 sebotol 1.5L. Manakala air mineral Spritzer pula berharga RM2.49 sebotol 1.5L.
Lain-lain jenama air mineral 1.5L seperti Kooler, Alpine, Cactus, Dasani dan F&N Ice Mountain masing-masing dalam lingkungan RM1.19 hingga RM1.99.
Harga air mineral paling murah sudah tentu brand Tesco sendiri iaitu RM0.95 sebotol 1.5L.
Kenapa harga berbeza? Sudah tentu disebabkan kandungan mineral @ garam galian dalam air mineral tersebut adalah berbeza.
Air mineral Evian adalah diimport dari Perancis dan dihasilkan daripada air mineral tulen di pergunungan Perancis. Kalau kita minum air mineral Evian pun kita boleh rasa perbezaan dengan air mineral biasa.
Lebih kurang rasa air Zam-zam. Ada sedikit payau dan masin kerana kandungan mineral atau garam galian yang tinggi di dalam air Evian.
Air mineral Evian mengandungi mineral (garam galian) seperti berikut:

Air Mineral 

Air mineral Spritzer, Kooler, Alpine, Cactus, Dasani dan F&N Ice Mountain mengandungi: Calcium, Bicarbonate, Sodium, Chloride, Potassium, Sulfates, Magnesium dan Flouride.
Hanya air mineral Spritzer mengandungi Silicon (Orthosilicic acid) yang mana mungkin penyebab harganya lebih mahal dari air mineral lain. Hanya air mineral Evian mengandungi Nitrates.

Air Mineral Sole – Lebih Baik dan Murah daripada Evian, Spritzer dan Lain-lain Jenama Air Mineral

Air minuman yang dibancuh dengan pati kristal garam mineral Sole mengandungi kesemua garam galian (mineral) yang terdapat dalam air mineral Evian dan Spritzer. Malah, ia juga mengandungi lebih banyak elemen dan elektrolit yang menyamai komposisi unsur dalam darah kita.

Pati Kristal Garam Mineral SOLE

Pati kristal garam mineral Sole juga membolehkan kita menikmati kebaikan air mineral dengan mudah, bersih dan murah.
Harga Pati Kristal Garam Mineral SOLE = RM52 satu botol 170ml
  • 1 ml = 7 titis SOLE
  • 3 ml = 21 titis SOLE
  • 5 ml = 35 titis SOLE
  • Satu botol 1.5L = 35 titik = 5ml SOLE
Satu botol 1.5L air biasa + (35 titik @ 5ml SOLE) akan memberikan kita satu botol air mineral penuh khasiat untuk kegunaan sepanjang hari.
Penggunaan pati kristal garam mineral Sole memang sangat menjimatkan. Jimat banyak mana?
Mari kita tengok!
170ml/5ml = 34 botol 1.5L air mineral
Satu botol pati kristal garam mineral Sole mengandungi 170ml berharga RM52. Jika 35 titik iaitu 5ml Sole dititis dalam satu botol air 1.5L, kita boleh dapat sebanyak 34 botol air mineral penuh dengan khasiat garam galian dari pergunungan Himalaya.
RM52/34 = RM1.53 sebotol
Harga setiap botol air mineral daripada bancuhan Sole adalah RM1.53 sebotol 1.5L.
Lebih murah berkali ganda daripada air mineral Evian dari pergunungan Perancis!
Lebih murah daripada air mineral jenama Spritzer, Alpine, Cactus, Dasani, F&N Ice Mountain!

Saturday, June 21, 2014

TIPS TAMBAH SUSU BADAN [Breastfeeding]

Cara Menambah Susu Badan dengan cara sihat dan semulajadi
 
Untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka  tiada, susu mereka kurang. Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi Nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih
Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering
Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma
Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik/Betik muda
Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis
Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air
Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi

Susu saya cukup untuk bayi saya!

Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.



PRODUK SUPPLEMENT SUNNAH - QASEH GOLD ADINDA - MENAMBAH SUSU IBU
http://www.facebook.com/qasehgolddistributor


Thursday, June 19, 2014

Testimoni Qaseh Gold | Qaseh Gold Milk Booster - Tambah Susu Badan #1



Wahai ibu-ibu, usah gusar jika susu badan merudum... amalkan Qaseh Gold Adinda... Insya Allah susu badan akan sentiasa ada.








Trend Makan Milk Booster @ Penggalak susu

Sumber : http://zahirahzainal.blogspot.com/
Isnin, 8 Ogos 2011

Apa dah jadi? Trend makan "milk booster @ penggalak susu" semakin menjadi-jadi!...

Salam ramadhan kepada semua mummy2 cantek di luar sana! :)...

Aduh...apa dah jadi ni. Aku tengok sekarang ni, trend makan milk booster semakin menjadi2. Pihak yang sedang mengaut keuntungan pun, menjadi2 iklankan stok2 milk booster untuk mummy2 yang beriya sangat nak breastfeed anak mereka, terutama bagi yang first time breastfeeding.

Percaya tak, mummy2 yang sedang hamil kat luar sana tu, belum bersalin lagi, dah sibuk2 fikir N cari nak makan milk booster apa yang terbaik. Sebab takut tak cukup susu punya pasal. Belum bersalin, dah buat persediaan untuk "breastfeeding" sampai begitu sekali. Huii..dasyat betul. Aku dulu masa anak first pun tak macam tu. (walaupun dalam hati risau bangat kot2 breast tak keluar susu). Maklumlah, kan mama aku dah pesan, "keturunan kita, keturunan tiada susu."

So, macamana ni? Apa penyelesaiannya? Jom baca nasihat N penerangan aku sampai habis k! :)...

Pertama sekali, FAHAM DULU, bagaimana susu ibu terhasil. Ini asas. Siapa tak mau amik tahu, memang rugilah. Kalau tak kuat, mungkin perjalanan breastfeeding akan berhenti di tengah jalan.

Susu ibu terhasil daripada rangsangan bayi itu sendiri. Bila anak mula menghisap susu, secara automatik, otak akan menerima arahan dari kilang2 susu, supaya menghasilkan susu. Sila tengok jap gambar di bawah. Mesti mummy boring tengok gambar ni aje, nasiblah.... Sekadar nak beri gambaran je ni. Takut ada yang tak nampak bayangan tentang apa yang aku jelaskan tadi.



So, mummy nampak tak kat sini, bahawa susu ibu yang terhasil, memang berkait rapat dengan otak (fikiran kita). Sebab tu, kalau kita hantar signal yang salah, seperti kurang susu, tiada susu, anak lapar, susu tak cukup dan sebagainya. Itulah yang akan terjadi. Sebab, kilang susu tu, ikut perintah dan arahan dari otak. Dah otak kita kata susu tak cukup, yelah tu...Memang takkan cukup.

Lagi satu, mummy perasan tak, N pernah dengar tak, ada mummy2 yang mengadu, dah makan milk booster macam2, susu kurang jugak! Ada pulak yang cakap, susu ibu rezeki masing2. Memang betul, semua rezeki ditentukan Allah. Tapi, Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya.

Kan aku dah pesan, pasal "breastfeeding" ni, ianya bersifat semulajadi serta fitrah manusia. Macamana, perempuan ditakdirkan boleh mengandung dan bersalin, begitu juga dengan menyusu. Insyaallah, kalau kita dah pasang niat yang betul, pasti akan berjaya!

Kenapa aku sebut pasal, " Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya." Sebabnya, kenapa mummy masih percaya pada benda2, cakap orang N sebagainya. Kan aku dah pesan, jangan percaya pada benda2 tu semua. Anggap apa yang kita lakukan, bila makan milk booster tu, ianya sekadar, usaha dan ikhtiar kita. Bukan dek kerana milk booster tu yang berkesan! Sebab tu, niat menyusu ni, tanamkan di dalam hati, sebaik saja kita disahkan mengandung. Banyakkan berdoa serta berselawat, mohon pada Allah agar dikurniakan rezeki menyusu yang melimpah ruah.

Kadang2 aku 'confuse' jugak ni, mummy2 yang susah N kekurangan ilmu dan wang, takde pulak alami masalah kurang susu ni. Terbalik lak ngan mummy2 yang berpendidikan tinggi N terlebih wang. Sebabnya, mummy2 yang kat luar ni, mudah terpengaruh dengan iklan2 atau cakap2 orang. Berbanding dengan mummy2 yang dok kampung (orang2 susah), walau ada iklan susu menarik camana pun, dia tetap tiada pilihan lain. Nak tak nak, terpaksa gak nyusukan anak diorang, sebab duit takde. Mungkin 'kekurangan duit' tu, adalah 'milk booster' diorang kot. Sebab, otak diorang secara automatik dah hantar signal, ANAK AKU NI, TIADA SUSU LAIN SELAIN SUSU IBU. (ini jelah yang mak mampu beri... minumlah nak, mudahan kamu kenyang...)

Sebabnya aku marah sangat ni, aku dulu pun terlibat sama (masa anak first)! Sibuk makan itu ini, beli itu ini, nak kasi susu banyak punya pasal. Sampai kena sound dengan "akak kat ofis, ni apa yang bau busuk nih! Bau herba apa ni!"

Terkenang kisah2 lama, nak tergelak pun ada, sebak pun ada. Macam2 cabaran yang aku hadapi. Bukan mudah nak memulakan penyusuan hingga berjaya ni. Tambah lak, kita ialah orang yang pertama pencetus rovolusi baru kat ofis, menyusu anak sepenuhnya, tanpa campur setitik pun susu formula. Sedih wey...kalau nak citer.... ;(

Next time aku akan citer, apa yang telah aku lalui, yang sangat2 aku ingat sampai ke hari ini.

So, kesimpulannya, aku nak pesan, jangan kelam kelibut sangat cari N makan milk booster macam2. Makan je makanan berkhasiat, yang penting, jaga solat, dan hubungan dengan Allah, supaya doa dan harapan kita dimakbulkan olehNya. (peringatan untuk diri sendiri ni....! )

Selamat menyusu, semoga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah...amin...

Salam sayang dan ikhlas,

~atia a.k.a zahirahzainal~

Thanks to blogger : http://zahirahzainal.blogspot.com/ ---> Peace yo!

5 TIPS TAMBAH SUSU BADAN

Ramai ibu mengadu susu tiada seawal waktu dalam pantang. Ada juga yang mengadu masa awal pantang susu mencurah-curah, bila dah nak masuk 20 hari ke atas, susu mula merudum.  Oh! Tentu menggusarkan...

Berikut saya kongsikan 5 tips penyusuan susu ibu untuk membantu menambah & membanyakkan susu badan. Insya-Allah tips ini boleh diamalkan oleh semua ibu-ibu yang inginkan susu badan yang banyak dan meriah

Tips-Banyak-Tambah-Susu

1. Pam atau Susukan Bayi Setiap 2-3 Jam

Payudara kita menghasilkan susu mengikut konsep supply and demand. Lagi kerap dan banyak permintaan, lagi banyak susu akan dihasilkan. Payudara tak akan kering, jika kita kerap perah atau pam susu, bahkan ia akan menghasilkan susu dengan lebih banyak!
  • Sewaktu berpantang, saya suka mengesyorkan agar si ibu pump susu setiap 2 jam. Kalau bayi menyusu direct lagi bagus, jadi boleh susukan bayi setiap 2 jam 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Kebanyakan ibu beranggapan susu hanya boleh diperah jika payudara mula penuh. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Kita sendiri perlu memprogramkan payudara agar ia menghasilkan susu setiap 2 jam.
  • Bila kita perah atau pam setiap 2 jam, buat konsisten selama seminggu hingga 2 minggu, insya-Allah pada minggu seterusnya, payudara akan sendiri hasilkan susu pada setiap 2 jam
3. Minum Banyak Air
  • Salah satu komponen utama susu adalah cecair. Jadi untuk menghasilkan susu yang banyak, kita perlu pastikan tubuh kita sentiasa banyak air. Adalah penting untuk anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk memastikan susu kekal meriah 
4. Penyusuan Malam
  • Waktu malam kebiasaannya mood kita mula tenang dan relax. Bila mood tenang, penghasilan susu akan menjadi lebih lancar. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
5. Tandem Pumping
  • Amalan tandem pumping ini dilakukan untuk memaksimumkan penghasilan susu. Tandem pumping ialah mengepam kedua-dua belah payudara serentak. Pada waktu bayi menyusu, jika bayi menyusu pada belah kanan, kita pam pada belah kiri.
  • Bila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payudara sebelah kiri turut akan menghasilkan susu. Jadi, takdelah membazirkan? 


http://www.facebook.com/qasehgolddistributor

Sunday, June 15, 2014

Fungsi Qaseh Adinda & Kekanda



QASEH GOLD KEKANDA
RP(WM) RM 71.90
RP(EM) RM 76.90

Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama za'faran dan pelbagai herba terpilih lain serta gum arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus.
Qaseh Kekanda berfungsi untuk:
Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
Menambah tenaga dalaman dan luaran
Mencerdaskan minda
Membuang toksin
Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
Meningkatkan sistem imun
Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
Mempercepatkan penyembuhan
Menstabilkan mood

✔Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun.
✔Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari!

TIPS:
1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Gunakan sudu plastik.
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.



QASEH GOLD ADINDA
RP(WM) RM 71.90
RP(EM) RM 76.90

Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain.

Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa. 

Qaseh Adinda berfungsi untuk:

Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
Menambah tenaga
Mencerdaskan minda
Membuang toksin
Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
Meningkatkan sistem imun
Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
Mempercepatkan penyembuhan
Menstabilkan mood
Menstabilkan hormon

✔Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. 
✔Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.

TIPS:
1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Makan menggunakan sudu plastik
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.



QASEH GOLD JUNIOR
RP (WM) RM 60.00
RP (EM) RM 65.00

Qaseh Gold Junior ialah campuran minuman botani formulasi Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, habbatus Sauda' dan air Zam Zam. Dipekayakan juga dgn Bayam, Kismis dan Badam/Almond

InsyaAllah membantu :
- Membekalkan Tenaga
- Mencerdaskan Minda
- Menguatkan Sistem Imun
- MenyokongTumbesaran
- Membekalkan Serat dan banyak lagi

Info KISMIS

Kismis adalah satu manisan asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Info Badam / Almond

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi. Contohnya 30 hingga 40 gram badam menyediakan 45 peratus daripada keperluan harian vitamin E dan magnesium seseorang.

Info Bayam

Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink(Zn). Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.[3] Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.

Qaseh Junior adalah makanan harian khusus untuk bayi dan kanak-kanak berusia 1 - 12 tahun.

TIPS:

1. Gunakan sudu plastik.

Tuesday, June 3, 2014

QASEH GOLD ADINDA & KEKANDA


 

Tahukah anda bahawa setiap gejala dan penyakit itu berpunca dari ketidak seimbangan dan kekurangan zat-zat mineral yang lengkap

 


Minuman Herba berkonsepkan formulasi makanan sunnah dengan kurma, madu tiin, zaitun, habbatus sauda, delima air zam zam dan pelbagai ramuan herba terbaik yang padat dengan khasiat untuk tenaga dalaman dan luaran.



INSYA ALLAH membantu mengatasi masalah berikut :
  • Meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Keletihan/kelesuan
  • Batuk/sakit tekak
  • Selsema
  • Asma
  • Gastrik
  • Gout
  • Migrain
  • Buasir
  • Resdung
  • Sembelit
  • Tekanan darah tinggi
  • Haid yg tidak teratur/keputihan
  • Kurang keinginan seksual
  • Anemia
  • Kebas-kebas ringan
  • Susah tidur
  • Sakit sendi
  • Sakit tumit
  • Stress
Kajian mendapati bahawa Makanan Sunnah adalah suppliment terbaik kerana mempunyai Ciri-Ciri Berikut :
ANTI OKSIDAN
  • Anti Oksidan berfungsi membantu meneutralkan radikal bebas, membaiki kerosakan sel dan meningkatkan kuasa sistem imun tubuh.
  • Kebaikan Anti Oksidan :
    • Mengekalkan perjalanan darah yang baik kepada organ tubuh.
    • Awet Muda.
    • Mencegah penyakit berbahaya seperti kanser dan sakit jantung.
    • Mempercepatkan penyembuhan luka.
    • Menguatkan sistem imun.
    • Mengawal tekanan darah
    • Menjadikan tubuh sihat dan bertenaga.

ANTI BAKTERIA

Energy & Mind Booster
  • Makanan yang kaya dengan glukos dan fruktos
  • Makanan yang membantu memperbaiki perjalanan darah.
  • Kaya dengan mineral Zat besi, potasium, magnesium.
  • Dapat menstabilkan mood dan memperbaiki kualiti tidur.

 

KENAPA HARUS MEMILIH QASEH GOLD?

1. IMP-ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE


Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal.
Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……” 

2. PRODUK DARIPADA SYARIKAT BUMIPUTERA ISLAM YANG BERPENGALAMAN SEJAK 1983


Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pasaran yang ingin turut serta memartabatkan ekonomi ummah melalui produk jenama ANA yang halal, selamat dan bermutu. 

Ana Edar Sdn. Bhd. mendokong falsafah perniagaan yang sama iaitu menjalankan perniagaan sebagai fardhu kifayah, serta menjiwai teras visi dan misi penting iaitu melahirkan usahawan Muslim yang berwibawa dan berdaya saing, serta memperkasakan pengedaran produk Muslim yang bermutu, halal dan selamat di bawah jenama ANA. Ana Edar Sdn. Bhd. yakin hasrat untuk menaiktarafkan kemampuan ekonomi ummah melalui perniagaan yang telus dan disinari ajaran Islam serta rangkaian produk yang halal, selamat dan bermutu. Ana Edar Sdn. Bhd. juga berhasrat menembusi pasaran halal antarabangsa dan memainkan peranan penting dalam memartabatkan piawaian halal demi kepentingan ummah sejagat.

 

3. LEBIH NILAI UNTUK WANG ANDA!

Mengapa perlu beli satu masalah satu produk?Mengarut bukan?Insyallah Qaseh Gold sudah terbukti keberkesanannya berdasarkan testimoni-testimoni daripada pelanggan.
.

4. CARA PENGAMBILAN YANG SANGAT MUDAH.

Qaseh Gold berbentuk cecair jus amat mudah di minum, hanya 2 sudu sebelum tidur pada waktu malam dan 2 sudu sebelum sarapan.

5. VARIASI QASEH GOLD MENGIKUT KEPERLUAN BADAN.


Qaseh Gold
Untuk Harga
Qaseh Gold Junior Qaseh Gold Junior Kanak-kanak berumur 1 - 12 Tahun RM 60.00
Qaseh Gold Kekanda Sesuai diambil Lelaki berumur 13 tahun ke atas RM 71.90
Qaseh Gold Adinda Sesuai diambil Wanita berumur 13 tahun ke atas RM 71.90

Apa kata Pelanggan?

bisa badan
tonsil
tambah susu badan
senggugut
masalah senggugut
resdung
ubat resdung
period tak teratur

Lebih Nilai Untuk Wang Anda!