Qaseh Gold

Sunday, August 24, 2014

FAKTA CIRIT BIRIT - QASEH GOLD JUNIOR



Najis yang cair dari semasa ke semasa adalah normal (bukan cirit-birit @ diarrhea).

Cirit birit @ diarrhea berlaku bila najis cair yang kerap berlaku melebihi 4 kali dalam sehari bersama salah satu atau semua simptom berikut:

. Sakit perut dan kembung perut
. Demam melebihi 39'c
. Darah dalam najis
. Bibir/mulut kering
. Menangis tanpa air mata
. Mengantuk melampau
. Kulit tidak menganjal bila ditekan

Segeralah berjumpa doktor jika cirit-birit berserta simptom di atas!

Penyebab cirit-birit yang biasa 

. Jangkitan virus seperti rotavirus
. Jangkitan bakteria seperti salmonella
. Ubatan seperti antibiotik
. Lactose intolerance (alergik produk tenusu)
. Fructose indigestion (gula semulajadi dalam buah dan madu)

APA PERLU ANDA BUAT?

. Minum air masak dengan kerap
. Minum air kelapa (antibakteria semulajadi + sumber mineral)
. Makan probiotik (yogurt asli tanpa pewarna, perasa)
. Makan makanan kaya prebiotik seperti pisang, bawang, leeks etc
. Minum ORS (air garam); SOLE (air garam + sumber mineral)

KESIHATAN USUS PENTING UNTUK SISTEM IMUN BADAN

Dalam usus ada berbillion bakteria baik (probiotik) juga dikenali flora usus yang membantu kesihatan usus dan menguatkan sistem imun badan.

Selain bakteria baik ada juga bakteria jahat yang datang dari makanan, minuman dan persekitaran yang tercemar (masuk melalui mulut seperti dari mainan yang digigit, tangan yang kotor dll).
Usus yang sihat mengandungi probiotik yang lebih banyak daripada bakteria jahat. Jika bakteria jahat menguasai usus, kita akan alami masalah pencernaan seperti cirit-birit.

PREBIOTIK

Prebiotik adalah makanan kepada probiotik (bakteria baik). Makanan kaya prebiotik seperti pisang, bawang, leeks dan gam arab.

CIRIT BIRIT SELEPAS MAKAN QASEH GOLD

QASEH GOLD mengandungi gam arab iaitu prebiotik semulajadi yang terbukti berkesan meningkatkan jumlah probiotik (bakteria baik) dalam usus. Qaseh juga kaya serat tidak larut dan serat larut daripada kurma yang membantu kesihatan usus.
Probiotik yang meningkat membantu kekerapan pergerakan usus = kerap membuang air besar. Pergerakan usus yang kerap membantu membuang toksin yang terkumpul dalam perut dan juga mengeluarkan bakteria jahat dari usus.

APA PERLU ANDA BUAT?

. Pantau simptom cirit-birit seperti diterangkan di atas.
. Jangan melebihi sukatan pada botol (mengikut umur)
. Kurangkan sukatan (contoh: jika 2x sehari; kurangkan 1x sehari etc)
. Pastikan Qaseh disimpan dalam peti sejuk selepas dibuka
. Minum air masak dengan kerap
. Minum air kelapa (antibakteria semulajadi + sumber mineral)
. Minum air garam SOLE

Kanak-kanak yang alami cirit-birit berlanjutan (rujuk definisi cirit birit di atas) mungkin alami masalah menyerap fruktos (fructose indigestion) iaitu gula semulajadi dalam buah dan madu. Hentikan Qaseh untuk sementara (4-7 hari) sehingga cirit-birit reda.

Anda boleh cuba berikan semula Qaseh. Jika cirit birit berlaku lagi berikan probiotik semulajadi (yogurt asli tanpa pewarna, perasa) dan air kelapa muda.

Perhatian: Jangan berikan Vitagen, Yakult dan sebagainya yang macam-macam perasa dan warna itu sebab itu mengandungi gula yang banyak. Gula sukrose adalah makanan bakteria jahat.

Anda boleh menghentikan Qaseh jika anda pasti ianya memang tidak sesuai dengan anak anda.

No comments:

Post a Comment