Qaseh Gold

Tuesday, June 24, 2014

KHASIAT GARAM BUKIT - SOLE

Lebih kurang 300 juta tahun dahulu, satu lautan primodial meliputi kawasan yang kemudiannya menjadi banjaran gunung Himalaya.
Garam daripada lautan yang bersih dan tidak tercemar itu dikekalkan sebagai satu formasi besar kristal. Kini sumber garam kristal ini menghasilkan garam yang paling tulen dan berkhasiat di dunia serta mengandungi semua 84 elemen yang ditemui dalam darah kita.
Ketulan kristal garam Himalaya sesuai digunakan untuk mandian dan juga sebagai pati sole (disebut solay) untuk bancuhan air minuman.

Air Mineral Botol versus Air Masak + Sole

Air mineral adalah air yang mengandungi mineral atau garam galian (samada semulajadi atau ditambah). Kebanyakan air mineral mengandungi beberapa trace minerals seperti calcium, magnesium, zinc, iron, sodium, potassium, chloride, nitrates, sulphates, fluoride dan bicarbonates yang diperlukan oleh tubuh badan.
Air Mineral
Ada sepuluh kebaikan meminum air mineral:
  • menyihatkan kulit
  • melancarkan sistem pencernaan
  • meningkatkan fungsi buah pinggang
  • memudahkan fungsi hati
  • meningkatkan sistem imun
  • melancarkan aliran darah
  • meningkatkan fungsi otak
  • membantu nyah toksin
  • membekalkan tenaga
  • bertindak sebagai pelincir untuk sendi dalam badan
Ada banyak jenis air mineral yang dijual dan harganya berbeza mengikut jenama.
Harga air mineral 1.5L pelbagai jenama yang dijual di Tesco adalah seperti berikut:
Air Mineral

Harga mineral paling mahal adalah brand Evian berharga RM8.39 sebotol 1.5L. Manakala air mineral Spritzer pula berharga RM2.49 sebotol 1.5L.
Lain-lain jenama air mineral 1.5L seperti Kooler, Alpine, Cactus, Dasani dan F&N Ice Mountain masing-masing dalam lingkungan RM1.19 hingga RM1.99.
Harga air mineral paling murah sudah tentu brand Tesco sendiri iaitu RM0.95 sebotol 1.5L.
Kenapa harga berbeza? Sudah tentu disebabkan kandungan mineral @ garam galian dalam air mineral tersebut adalah berbeza.
Air mineral Evian adalah diimport dari Perancis dan dihasilkan daripada air mineral tulen di pergunungan Perancis. Kalau kita minum air mineral Evian pun kita boleh rasa perbezaan dengan air mineral biasa.
Lebih kurang rasa air Zam-zam. Ada sedikit payau dan masin kerana kandungan mineral atau garam galian yang tinggi di dalam air Evian.
Air mineral Evian mengandungi mineral (garam galian) seperti berikut:

Air Mineral 

Air mineral Spritzer, Kooler, Alpine, Cactus, Dasani dan F&N Ice Mountain mengandungi: Calcium, Bicarbonate, Sodium, Chloride, Potassium, Sulfates, Magnesium dan Flouride.
Hanya air mineral Spritzer mengandungi Silicon (Orthosilicic acid) yang mana mungkin penyebab harganya lebih mahal dari air mineral lain. Hanya air mineral Evian mengandungi Nitrates.

Air Mineral Sole – Lebih Baik dan Murah daripada Evian, Spritzer dan Lain-lain Jenama Air Mineral

Air minuman yang dibancuh dengan pati kristal garam mineral Sole mengandungi kesemua garam galian (mineral) yang terdapat dalam air mineral Evian dan Spritzer. Malah, ia juga mengandungi lebih banyak elemen dan elektrolit yang menyamai komposisi unsur dalam darah kita.

Pati Kristal Garam Mineral SOLE

Pati kristal garam mineral Sole juga membolehkan kita menikmati kebaikan air mineral dengan mudah, bersih dan murah.
Harga Pati Kristal Garam Mineral SOLE = RM52 satu botol 170ml
  • 1 ml = 7 titis SOLE
  • 3 ml = 21 titis SOLE
  • 5 ml = 35 titis SOLE
  • Satu botol 1.5L = 35 titik = 5ml SOLE
Satu botol 1.5L air biasa + (35 titik @ 5ml SOLE) akan memberikan kita satu botol air mineral penuh khasiat untuk kegunaan sepanjang hari.
Penggunaan pati kristal garam mineral Sole memang sangat menjimatkan. Jimat banyak mana?
Mari kita tengok!
170ml/5ml = 34 botol 1.5L air mineral
Satu botol pati kristal garam mineral Sole mengandungi 170ml berharga RM52. Jika 35 titik iaitu 5ml Sole dititis dalam satu botol air 1.5L, kita boleh dapat sebanyak 34 botol air mineral penuh dengan khasiat garam galian dari pergunungan Himalaya.
RM52/34 = RM1.53 sebotol
Harga setiap botol air mineral daripada bancuhan Sole adalah RM1.53 sebotol 1.5L.
Lebih murah berkali ganda daripada air mineral Evian dari pergunungan Perancis!
Lebih murah daripada air mineral jenama Spritzer, Alpine, Cactus, Dasani, F&N Ice Mountain!

No comments:

Post a Comment