Qaseh Gold

Wednesday, November 5, 2014

KANSER PAYUDARA - MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Menjaga kesihatan  merupakan  satu aspek yang penting yang perlu dipelihara sebagai Muslim yang mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Tanpa kesihatan yang baik, bagaimana kita boleh tampil ke hadapan sebagai pemimpin dan pejuang yang kuat dalam usaha menegakkan kalimah Allah? Artikel kali ini akan fokus kepada sebuah penyakit yang belum ada penawarnya dan semakin menular di kalangan manusia; Kanser. InsyaAllah, beberapa cara untuk mencegah penyakit ini akan dikupas sedikit kali ini.

 
“Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah” (Riwayat Muslim)

Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan penyakit kanser terlebih dahulu. Moga bermanfaat!

Tahukah kamu?
Seperti yang kita tahu, kanser secara amnya adalah satu penyakit yang secara statistiknya semakin meningkat dengan mendadak di dunia secara amnya dan di Malaysia secara khususnya.
Menurut kajian, Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara di Amerika Syarikat manakala setiap tahun 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara di United Kingdom.
Di Malaysia pula, Seorang wanita mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka dan lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Apa?


Simtom-simtom kanser payudara.



Sel kanser payudara yang sedang berkembang

Kanser merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan kanser) dan malignan (tumor jenis kanser).

Mengapa?
Apakah yang menyebabkan penyakit kanser masih menjadi tanda tanya. Para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit kanser adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).
Apa yang dapat diketahui hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

Mencegah Lebih Baik dari Mengubati

Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ idak ada penularan, kemudian ditambahkannya pula, Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat.” (Riwayat Muslim)
  1. Banyakkan makanan yang bersumber asli seperti sayuran dan buah-buahan.
  2. Cuba untuk tidak memasak sayur-sayuran terlalu lama hingga menghilangkan khasiat makanan tersebut.
  3. Masukkan kekacang, herba-herba dan makanan yang segar seperti ulam-ulam dalam diet pemakanan seharian.
  4. Kanser suka pada gula. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula untuk mengekalkan keseimbangan pH dalam badan.
  5. Kurangkan penggunaan ketuhar gelombang. Khasiat makanan mudah hilang dengan menggunakan ketuhar gelombang.
  6. Elakkan “stressors” atau lebih dikenali dengan makanan yang akan menambahkan tekanan seperi tobacco, kopi dan sebagainya.
  7. Elakkan memakan makanan ‘genetically modified food’ (GMO).
  8. Makan dengan perlahan dan kunyah makanan sebaiknya.
  9. Seimbangkan kehidupan fizikal, mental dan emosi.
  10. Baca maklumat pemakanan. Elakkan lemak trans seperti ‘hydronenated vegetable oil’ yang munkin banyak digunakan dalam biskut-biskut dan kek.
Kesimpulan
Cara-cara pencegahan mungkin nampak mudah dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk melakukannya. Ia lebih kepada menukar cara pemakanan seharian dengan menjadi lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Teringat sebuah kisah  benar di mana seorang pesakit kanser yang disahkan doctor hanya mampu bertahan sebulan sahaja untuk hidup. Dia terus berputus asa dan mengambil keputusan untuk makan sesuka hati. Dengan takdir Ilahi, dia mengehembuskan nafas yang terakhir seminggu selepas itu. Sebaliknya, ada seorang pesakit kanser payudara yang sangat menjaga pemakananya setelah disahkan menghidapi kanser. Dengan izin Allah, beliau berjaya meneruskan hidup bersama-sama kanser selama 12 tahun sehingga meneghembuskan nafas yang terakhir.
Hal ini sedikit sebanyak membuktikan, dengan menjaga pemakanan, dapat memberi kesan kepada pertumbuhan sel yang akan menggalakkan kadar pertumbuhan sel-sel kanser.

Saya akhiri penulisan saya dengan sebuah hadis

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram (Riwayat Abu Daud)

Wallahua’lam

Kredit to : Farah Liana
Sumber: ISMA Jepun




Tuesday, October 28, 2014

INFO MAKANAN | PENYEBAB KANSER PAYUDARA


Pada dekad pertama abad ke-21, para penyelidik mendapati adanya hubungan antara jenis makanan dengan kanser payudara. Jenis makanan / minuman tertentu seperti daging, lemak, alkohol, kafein, dan produk soya disebut-sebut sebagai jenis makanan yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Sesetengah pakar sepakat bahawa kanser payudara seperti juga jenis kanser yang lain disebabkan oleh faktor gaya hidup yang tidak sihat, termasuk di dalamnya adalah mengambil makanan-makanan yang sukar dicerna tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak biasa.
Tapi walaupun demikian, para penyelidik juga menyatakan bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara.
Oleh karenanya para wanita disyorkan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan mengelakkan atau mengurangkan mengambil makanan-makanan yang boleh mencetuskan kanser payudara.
Berikut ini beberapa jenis makanan penyebab kanser payudara sebagaimana dikutip dari American Cancer Society.

Arak

Menurut American Cancer Society, kebiasaan mengambil alkohol dan minuman keras akan meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Malah, ACS menyarankan bahawa wanita-wanita yang terdedah kepada kanser payudara agar menahan diri dari minuman beralkohol. Jangan mengambil lebih daripada satu gelas minuman beralkohol setiap hari. Walaupun dengan hanya meminum beberapa gelas alkohol setiap minggu sudah boleh menyebabkan kanser payudara di usia tua. 1.5 ons minuman keras, 5 auns gelas wain, dan 12 ons bir setara dengan satu gelas minuman beralkohol.

Kafein

Ada anggapan yang menyebutkan bahawa minuman berkafein, seperti kopi adalah salah satu penyebab kanser payudara. American Society menyatakan bahawa pendapat ini tidak sepenuhnya benar. Kafein, tidak menyebabkan kanser tetapi meningkatkan risiko tumor payudara jinak (non-kanser), atau dikenali juga dengan sebutan benjolan fibrokistik.

Lemak

Diet tinggi lemak, terutama lemak tepu adalah jenis makanan yang menyebabkan kanser payudara. Menurut Cancer Research UK, walaupun risikonya kecil tapi diet yang tinggi lemak mengandungi lebih banyak kalori, yang cenderung menyebabkan obesiti atau kegemukan yang secara langsung boleh dikaitkan dengan kanser payudara.

Daging

Menurut Cancer Research UK, jenis daging dan cara memasaknya adalah faktor-faktor pencetus kanser payudara, apalagi jika diambil secara berlebihan. Daging merah, seperti daging lembu, dan daging yang digoreng adalah penyebab kanser payudara. Disyorkan untuk mengambil daging putih seperti daging ikan dan dada ayam.

Soya

Makanan dari kacang soya merupakan alternatif makanan yang diperbuat daripada haiwan. Tapi American Cancer Society memberi amaran bahawa mengambil produk soya dalam jumlah yang banyak dari masa ke masa dapat meningkatkan risiko kanser payudara. Hormon estrogen-phytochemical, yang ditemui dalam soya disebut-sebut berkaitan dengan tumbuhnya sel kanser payudara. Wanita yang sudah mempunyai kanser payudara harus mengelakkan produk soya, kerana boleh memburukkan keadaan merek

Pencegahan dan Penyelesaian Kanser Payudara

Gejala kanser payudara sukar di kesan dari awal dan kebanyakan baru diketahui setelah sel-sel kanser telah menyerang organ tubuh yang lain sehingga sukar di sembuhkan. Rawatan kanser payudara dilakukan dengan pembedahan dan kemoterapi yang memberi kesan negatif secara fizikal dan mental bagi para wanita pesakit.

Untuk itu, perkara terbaik yang harus dilakukan seorang wanita untuk melindungi dirinya dari kanser payudara adalah dengan menjalani gaya hidup yang sihat, termasuk diet yang baik dan sukan yang cukup. Jenis makanan tertentu telah terbukti dapat mengurangkan risiko kanser payudara seperti produk susu rendah lemak, mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran, dan mengambil makanan dengan serat yang tinggi.

Terlalu gemuk juga tidak baik bagi kesihatan dan mempertinggi risiko terkena kanser payudara. Menurut Cancer Research UK, obesiti atau kegemukan mempunyai kaitan yang erat dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebih dianjurkan untuk menurunkan berat badan untuk membantu mencegah kanser payudara, dan masalah kesihatan yang lain.


Tuesday, August 26, 2014

KHASIAT PATI KRISTAL SOLE

KRISTAL SOLE MEMBANTU :

 hilangkan toksik dlm badan
 baik utk pesakit 4 serangkai,
kencing manis, darah tinggi, buah
pinggang & jantung
 baik utk hilangkan protein
berlebihan utk pesakit sle
membantu kecutkan cyst
 hilangkan penyakit ghout
bantu kurangkan kolesterol dlm
badan
 bantu utk dapatkan zuriat
 bantu merawat kencing kotor
 bantu melancarkan peredaran
darah,urat saraf dan hormon

Garam Himalaya merupakan Garam
TERBAIK didunia..mengandungi 84
jenis mineral yang diperlukan tubuh..


KEBAIKAN SOLE
-----------------------
SOLE adalah satu produk yang sangat baik untuk mengimbangi faktor pH
badan anda. SOLE juga boleh menyingkirkan logam berat seperti
plumbum, merkuri, arsenik dan amalgam melalui pemecahan struktur
molekul bahan tersebut. Dengan gabungan unik mineral ionik
yang terdapat di dalam SOLE, timbunan protein haiwan yang tidak
terurai (asid urik) dapat disingkirkan melalui air kencing.

SOLE mampu membekalkan badan dengan tenaga daripada gabungan 84
mineral ionik penting. Frekuensi yang terkandung di dalam SOLE boleh
bertahan sehingga 24 jam di dalam tubuh.

SOLE boleh menyelaraskan keseimbangan alkali/keasidan dalam badan (faktor pH) dan menyeimbangkan tekanan darah.

SOLE boleh menyah dan menghapus mendapan yang mengakibatkan
pelbagai jenis penyakit sendi seperti arthritis dan gout, kerosakan buah
pinggang, pembentukan batu pundi hempedu dan batu karang.

SOLE boleh mengurangkan rasa ketagihan (gula, rokok dan dadah).

SOLE boleh membantu mengatasi penyakit kulit melalui proses
perkumuhan dari dalam tubuh apabila diminum dan ia juga membantu apabila digunakan secara luaran (disapu).


FAEDAH KEPADA KESIHATAN
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Rumusan Kajian : University Graz, Austria 2001 & Fenestra Laboratories,
USA 2007


Pediatrik (Penjagaan Kanak-kanak)
.........................................................
Membantu penyerapan nutrien,
Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan tubuh dan otak yang optimum.


Dematologi (Penjagaan Kulit)
...............................................
Kandungan mineral yang seimbang membantu pembentukan kolagen yang optimum.


Pergigian
................
Membantu menguatkan gusi dan mengimbangkan pH mulut yang sesuai dan membantu pembiakanbakteria mulut yang sihat.


Sistem Pernafasan
..............................
Mengekalkan fungsi pernafasan yang normal.


Neurologi (Penjagaan Sistem Saraf)
.........................................................
Menyokong fungsi otak dan perkembangan neuron.


Sistem Gastrousus
..............................
Memulihkan pH usus dan menggalakkan metabolisma asid amino.


Pranatal
...............
Menyokong perkembangan fetus.


Ginekologi
.................
Melaraskan fungsi glandular yang optimum, kesihatan vaginal dan kitaran haid yang normal.


Sistem Endokrin
...........................
Membantu penghasilan hormon yang optimum dengan kehadiran mineral
dan asid amino bioketersediaan.

KHASIAT QASEH GOLD KEKANDA


Selain daripada makanan sunnah, herba Khusus Qaseh Gold Kekanda mengandungi :

GUARANA
~Menghilangkan darah gemuruh
~mencegah penyumbatan dara arteri
~menguatkan jantung
~mampu menyembuhkan sembelit, cirit birit, migrain dan sakit saraf

TRIBULUS
~Merawat sakit kepala, gangguan saraf, sembelit, disfungsi seksual (lemah tenaga batin)

ASHWAGANDA
~Menambahkan keupayaan seksual dan menguatkan sperma
~Merendahkan kolestrol dan gula dalam darah
~Mengurangkan tekanan, kelesuan dan sukar tidur (insomnia)

-Ninaz-
Pengedar Sah Qaseh Gold
017 566 4146

Monday, August 25, 2014

PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK [Qaseh Gold Junior]



MEMASTIKAN anak anda sentiasa sihat adalah tugas yang besar dan boleh menjadi mimpi yang paling ngeri untuk para ibu bapa!

Dua tahun pertama kanak-kanak adalah yang paling penting kerana pada ketika inilah pembentukan otak berlaku. Jika seseorang wanita tidak mendapat cukup khasiat semasa hamil, atau jika anaknya tidak mendapat khasiat secukupnya pada ketika ini, pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak mungkin menjadi perlahan. Ini tidak boleh digantikan apabila kanak-kanak lebih tua - ia akan menjejaskan kanak- kanak seumur hidupnya.

Kanak-kanak Asia bercerai susu awal jadi ibu bapa mestilah menjadikannya satu tabiat agar memberi mereka sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu setiap hari, sehingga mereka remaja. Kalsium adalah penting untuk tulang yang sihat.

Disebabkan iklan, kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh makanan ringan yang tidak menyihatkan. Dalam jangka masa panjang, ini mungkin membawa kepada kekurangan zat atau obesiti.

Memakan makanan ringan antara waktu sajian adalah sangat dilarang. Oleh kerana sukar untuk mengawal hal ini sepenuhnya, adalah perlu untuk memberi suplemen multivitamin kepada mereka bagi mengurangkan kesan negatif.

Qaseh Gold Junior sebagai contoh, adalah suplemen dengan formulasi makanan Sunnah yang Halal lagi Baik yang amat sesuai untuk diamalkan oleh anak2. Ia bercirikan anti oksidan dan anti bakteria yang berkesan membantu peningkatan system imun, membantu tumbesaran, meningkatkan kecergasan dan kecerdasan anak-anak.

Cubalah Qaseh Gold Junior untuk anak-anak anda hari ini. Hubungi HOTLINE kami 017 566 4146 untuk info lanjut & pesanan.

Tips & Pantang Larang Ibu Mengandung (^__^)


















Muga hilang stress kamu ahaks....  ("__^)

Sunday, August 24, 2014

FAKTA CIRIT BIRIT - QASEH GOLD JUNIOR



Najis yang cair dari semasa ke semasa adalah normal (bukan cirit-birit @ diarrhea).

Cirit birit @ diarrhea berlaku bila najis cair yang kerap berlaku melebihi 4 kali dalam sehari bersama salah satu atau semua simptom berikut:

. Sakit perut dan kembung perut
. Demam melebihi 39'c
. Darah dalam najis
. Bibir/mulut kering
. Menangis tanpa air mata
. Mengantuk melampau
. Kulit tidak menganjal bila ditekan

Segeralah berjumpa doktor jika cirit-birit berserta simptom di atas!

Penyebab cirit-birit yang biasa 

. Jangkitan virus seperti rotavirus
. Jangkitan bakteria seperti salmonella
. Ubatan seperti antibiotik
. Lactose intolerance (alergik produk tenusu)
. Fructose indigestion (gula semulajadi dalam buah dan madu)

APA PERLU ANDA BUAT?

. Minum air masak dengan kerap
. Minum air kelapa (antibakteria semulajadi + sumber mineral)
. Makan probiotik (yogurt asli tanpa pewarna, perasa)
. Makan makanan kaya prebiotik seperti pisang, bawang, leeks etc
. Minum ORS (air garam); SOLE (air garam + sumber mineral)

KESIHATAN USUS PENTING UNTUK SISTEM IMUN BADAN

Dalam usus ada berbillion bakteria baik (probiotik) juga dikenali flora usus yang membantu kesihatan usus dan menguatkan sistem imun badan.

Selain bakteria baik ada juga bakteria jahat yang datang dari makanan, minuman dan persekitaran yang tercemar (masuk melalui mulut seperti dari mainan yang digigit, tangan yang kotor dll).
Usus yang sihat mengandungi probiotik yang lebih banyak daripada bakteria jahat. Jika bakteria jahat menguasai usus, kita akan alami masalah pencernaan seperti cirit-birit.

PREBIOTIK

Prebiotik adalah makanan kepada probiotik (bakteria baik). Makanan kaya prebiotik seperti pisang, bawang, leeks dan gam arab.

CIRIT BIRIT SELEPAS MAKAN QASEH GOLD

QASEH GOLD mengandungi gam arab iaitu prebiotik semulajadi yang terbukti berkesan meningkatkan jumlah probiotik (bakteria baik) dalam usus. Qaseh juga kaya serat tidak larut dan serat larut daripada kurma yang membantu kesihatan usus.
Probiotik yang meningkat membantu kekerapan pergerakan usus = kerap membuang air besar. Pergerakan usus yang kerap membantu membuang toksin yang terkumpul dalam perut dan juga mengeluarkan bakteria jahat dari usus.

APA PERLU ANDA BUAT?

. Pantau simptom cirit-birit seperti diterangkan di atas.
. Jangan melebihi sukatan pada botol (mengikut umur)
. Kurangkan sukatan (contoh: jika 2x sehari; kurangkan 1x sehari etc)
. Pastikan Qaseh disimpan dalam peti sejuk selepas dibuka
. Minum air masak dengan kerap
. Minum air kelapa (antibakteria semulajadi + sumber mineral)
. Minum air garam SOLE

Kanak-kanak yang alami cirit-birit berlanjutan (rujuk definisi cirit birit di atas) mungkin alami masalah menyerap fruktos (fructose indigestion) iaitu gula semulajadi dalam buah dan madu. Hentikan Qaseh untuk sementara (4-7 hari) sehingga cirit-birit reda.

Anda boleh cuba berikan semula Qaseh. Jika cirit birit berlaku lagi berikan probiotik semulajadi (yogurt asli tanpa pewarna, perasa) dan air kelapa muda.

Perhatian: Jangan berikan Vitagen, Yakult dan sebagainya yang macam-macam perasa dan warna itu sebab itu mengandungi gula yang banyak. Gula sukrose adalah makanan bakteria jahat.

Anda boleh menghentikan Qaseh jika anda pasti ianya memang tidak sesuai dengan anak anda.

PEMAKANAN SIHAT UNTUK KESIHATAN BAYI & IBU


Sebagai seorang ibu dan terutamanya sebagai seorang ibu yang menyusu, anda memerlukan diet yang sangat sihat. Ini adalah kerana bayi anda akan mendapat khasiat semua makanan yang dimakan melalui susu ibu. 

Telah diketahui bahawa jika ibu yang makan pisang, rasa buah-buahan yang dimakan akan berada di dalam susu ibu selama satu jam selepas ia dimakan dan juga rasa pudina kekal hampir tempoh 8 jam. Jadi ... kini anda tahu bagaimana pemakanan yang sihat adalah sangat penting untuk bayi, kerana apa sahaja yang anda makan, bayi anda akan makan juga melalui susu ibu.

Berikut adalah beberapa fakta yang sangat penting yang anda perlu tahu:

Kalori:
• Jika anda mahu mengekalkan pemakanan yang sihat, anda memerlukan sekurang-kurangnya 400 kalori dalam sehari.

• pengambilan Kalori juga bergantung kepada berapa banyak anda bersenam.

• Wanita perlu makan pelbagai jenis makanan termasuk vitamin, kalori dan mineral.

Diet seimbang:
• Diet seorang ibu harus seimbang dan pelbagai.
• Adalah baik untuk makan dengan bantuan sebuah piramid makanan yang akan membantu ibu untuk tahu berapa banyak mereka perlu makan dan apa yang perlu bagi memenuhi keperluan bayi.
• Ia juga akan membantu untuk mengetahui kategori makanan yang mana perlu makan lebih banyak dan yang mana perlu dikurangkan.

Tabiat pemakanan 'Vegetarian':
• Jika anda seorang ibu vegetarian, anda perlu memastikan bahawa diet anda adalah sama dengan daging ibu makan, supaya bayi anda mendapat semua nutrisi.
• Anda harus memastikan bahawa diet mereka mempunyai cukup protein.
• Anda perlu menganggar berapa banyak kalsium, zat besi, vitamin D dan B12 yang diambil dalam diet anda.

Makanan yg boleh mengakibatkan sakit perut:
• Tidak ada bukti hakikat bahawa makanan pedas boleh menyebabkan rasa tidak selesa kepada bayi yang menyusui.  Walau bagaimanapun, adalah dicadangkan untuk ibu mengamalkan pemakanan secara sederhana.
• makanan dlm bentuk gas biasanya tidak membuatkan bayi anda menangis kerana gas tidak memasuki bahagian aliran darah yang memasuki susu ibu dan oleh itu ia tidak akan mengganggu keselesaan perut bayi.

Fakta lain yang perlu dipertimbangkan untuk tabiat makan yang sihat adalah:

• Makanan yang tidak boleh dilangkau (tidak dimakan mengikut aturan).

• Adalah penting untuk makan pada masa dan dalam kuantiti yang betul. Ibu-ibu tidak perlu menahan lapar dan tidak makan terlalu banyak sebarang jenis makanan pun.

• Ibu-ibu perlu memastikan mereka mempunyai cukup pengambilan cecair ... mereka perlu minum cukup jus buah-buahan segar dan air.

- Lihat lebih lagi di:http://chosinhvien.info/eating-healthy-habits-for-your-baby-and-you/

Tuesday, June 24, 2014

PEMAKANAN SIHAT - QASEH GOLD

PROSES OKSIDASI DAN RADIKAL BEBAS

Dalam setiap sel badan kita ada ‘relau’ dipanggil mitochondria. Semasa oksigen digunakan dalam ‘relau’ sel untuk menghasilkan tenaga – RADIKAL BEBAS dihasilkan.
Mitochondria
Radikal bebas ini ada satu elektron tidak berpasangan diluar orbitnya lalu memberikan ia caj elektrik.
Radikal Bebas

Jika radikal bebas ini tidak dineutralkan oleh anti-oksidan, ia akan membiak lebih banyak!

Radikal bebas yang semakin banyak akan merosakkan dinding sel, dinding pembuluh darah, protein, lemak dan juga nucleus DNA sel kita!!!

Radikal bebas adalah sangat jahat!!!

Tindakbalas radikal bebas macam tempat pendiang api. Pada kebanyakan masa api terbakar dengan elok tapi kadang-kadang berlaku percikan api yang jatuh atas karpet.
Setiap kali ia jatuh atas karpet, akan menyebabkan karpet berlubang. Jika percikan api berlaku berbulan-bulan, tahun demi tahun – karpet akan berlubang teruk macam digigit tikus.
Pendiang api umpama relau sel (mitochondria), bara api umpama caj radikal bebas dan karpet umpama badan kita.
Mana-mana bahagian badan yang lebih banyak dapat kerosakan akibat radikal bebas akan mudah diserang penyakit kronik.

Pertahankan badan kita dari serangan radikal bebas dengan anti-oksidan!

Anti-oksidan bertindak seperti perisai yang menghalang percikan bara api dari mengenai karpet. Bersama-sama dengan nutrient tambahan, anti-oksidan boleh menghalang radikal bebas dari merosakkan badan kita.
Kebanyakan anti-oksidan datang dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Tapi disebabkan kandungan mineral dalam tanah semakin berkurangan, proses tuaian hijau, proses simpanan sejuk-beku dan penyediaan makanan tidak betul – menyebabkan keperluan anti-oksidan kita tidak mencukupi!
Jadi kita perlu dapatkan anti-oksidan tambahan dari vitamin tambahan yang berkualiti tinggi.

KHASIAT KURMA - QASEH GOLD ADINDA KEKANDA

Kurma adalah salah satu buah istimewa yang disebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran!

Kurma - Qaseh Gold


Kurma - Qaseh Gold 

Kurma juga adalah merupakan makanan pilihan Rasulullah saw kerana mengandungi khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia.
Kurma - Qaseh Gold
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesungguhnya terdapat satu pokok, barakahnya seperti barakah seorang muslim.Ia adalah pohon kurma.” (Shahih Al-Bukhari)

“Sesiapa yang bersarapan (makan pagi) dengan tujuh biji kurma ‘ajwah, maka pada hari tersebut dia tidak akan dibahayakan dengan racun dan tidak juga sihir.” (Sunan Abi Daud)

“Tidak akan kelaparan penghuni rumah yang di dalamnya memiliki at-tamr (kurma kering).” (Shahih Muslim)

Dari Abi Musa radhiyallahu ‘anhu:
“Ketika anakku lahir, aku membawanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau memberi nama bayiku Ibrahim, dan beliau mentahniknya dengan kurma lalu mendoakannya dengan keberkahan. Kemudian beliau kembalikan kepadaku.” (Shahih Al-Bukhari)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah keluar di waktu pagi ‘iedul fithri sampailah beliau terlebih dahulu memakan beberapa tamr (kurma kering).” (Shahih Al-Bukhari)

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai khasiat makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2%, serat 2-4% manakala kandungan gulanya 50-57% glukosa.
Kandungan gula di dalam kurma telah ditukar secara semulajadi dalam bentuk yang boleh diserap oleh badan dengan serta merta. Allahuakbar!
Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fruktosa. Gula tebu atau gula pasir pula mengandungi sukrosa. Gula fruktosa dan sukrosa tidak boleh diserap terus oleh badan. Ia terpaksa dipecahkan dulu oleh enzim untuk menjadi glukosa supaya boleh diserap oleh badan sebagai tenaga.
Amalan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. (Dr Suriya Osman)
Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. (Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia)
Khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. (Kajian Ahli Sains Mesir)

Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Junior menggunakan pes (puri) kurma asli yang memastikan anda sekeluarga mendapat semua kebaikan buah kurma yang merupakan sumber tenaga segera, mineral dan vitamin semulajadi.

Qaseh Gold memberikan rasa buah asli yang segar. Anda dan keluarga pasti sukakan kebaikan Qaseh Gold!

KHASIAT GARAM BUKIT - SOLE

Lebih kurang 300 juta tahun dahulu, satu lautan primodial meliputi kawasan yang kemudiannya menjadi banjaran gunung Himalaya.
Garam daripada lautan yang bersih dan tidak tercemar itu dikekalkan sebagai satu formasi besar kristal. Kini sumber garam kristal ini menghasilkan garam yang paling tulen dan berkhasiat di dunia serta mengandungi semua 84 elemen yang ditemui dalam darah kita.
Ketulan kristal garam Himalaya sesuai digunakan untuk mandian dan juga sebagai pati sole (disebut solay) untuk bancuhan air minuman.

Air Mineral Botol versus Air Masak + Sole

Air mineral adalah air yang mengandungi mineral atau garam galian (samada semulajadi atau ditambah). Kebanyakan air mineral mengandungi beberapa trace minerals seperti calcium, magnesium, zinc, iron, sodium, potassium, chloride, nitrates, sulphates, fluoride dan bicarbonates yang diperlukan oleh tubuh badan.
Air Mineral
Ada sepuluh kebaikan meminum air mineral:
  • menyihatkan kulit
  • melancarkan sistem pencernaan
  • meningkatkan fungsi buah pinggang
  • memudahkan fungsi hati
  • meningkatkan sistem imun
  • melancarkan aliran darah
  • meningkatkan fungsi otak
  • membantu nyah toksin
  • membekalkan tenaga
  • bertindak sebagai pelincir untuk sendi dalam badan
Ada banyak jenis air mineral yang dijual dan harganya berbeza mengikut jenama.
Harga air mineral 1.5L pelbagai jenama yang dijual di Tesco adalah seperti berikut:
Air Mineral

Harga mineral paling mahal adalah brand Evian berharga RM8.39 sebotol 1.5L. Manakala air mineral Spritzer pula berharga RM2.49 sebotol 1.5L.
Lain-lain jenama air mineral 1.5L seperti Kooler, Alpine, Cactus, Dasani dan F&N Ice Mountain masing-masing dalam lingkungan RM1.19 hingga RM1.99.
Harga air mineral paling murah sudah tentu brand Tesco sendiri iaitu RM0.95 sebotol 1.5L.
Kenapa harga berbeza? Sudah tentu disebabkan kandungan mineral @ garam galian dalam air mineral tersebut adalah berbeza.
Air mineral Evian adalah diimport dari Perancis dan dihasilkan daripada air mineral tulen di pergunungan Perancis. Kalau kita minum air mineral Evian pun kita boleh rasa perbezaan dengan air mineral biasa.
Lebih kurang rasa air Zam-zam. Ada sedikit payau dan masin kerana kandungan mineral atau garam galian yang tinggi di dalam air Evian.
Air mineral Evian mengandungi mineral (garam galian) seperti berikut:

Air Mineral 

Air mineral Spritzer, Kooler, Alpine, Cactus, Dasani dan F&N Ice Mountain mengandungi: Calcium, Bicarbonate, Sodium, Chloride, Potassium, Sulfates, Magnesium dan Flouride.
Hanya air mineral Spritzer mengandungi Silicon (Orthosilicic acid) yang mana mungkin penyebab harganya lebih mahal dari air mineral lain. Hanya air mineral Evian mengandungi Nitrates.

Air Mineral Sole – Lebih Baik dan Murah daripada Evian, Spritzer dan Lain-lain Jenama Air Mineral

Air minuman yang dibancuh dengan pati kristal garam mineral Sole mengandungi kesemua garam galian (mineral) yang terdapat dalam air mineral Evian dan Spritzer. Malah, ia juga mengandungi lebih banyak elemen dan elektrolit yang menyamai komposisi unsur dalam darah kita.

Pati Kristal Garam Mineral SOLE

Pati kristal garam mineral Sole juga membolehkan kita menikmati kebaikan air mineral dengan mudah, bersih dan murah.
Harga Pati Kristal Garam Mineral SOLE = RM52 satu botol 170ml
  • 1 ml = 7 titis SOLE
  • 3 ml = 21 titis SOLE
  • 5 ml = 35 titis SOLE
  • Satu botol 1.5L = 35 titik = 5ml SOLE
Satu botol 1.5L air biasa + (35 titik @ 5ml SOLE) akan memberikan kita satu botol air mineral penuh khasiat untuk kegunaan sepanjang hari.
Penggunaan pati kristal garam mineral Sole memang sangat menjimatkan. Jimat banyak mana?
Mari kita tengok!
170ml/5ml = 34 botol 1.5L air mineral
Satu botol pati kristal garam mineral Sole mengandungi 170ml berharga RM52. Jika 35 titik iaitu 5ml Sole dititis dalam satu botol air 1.5L, kita boleh dapat sebanyak 34 botol air mineral penuh dengan khasiat garam galian dari pergunungan Himalaya.
RM52/34 = RM1.53 sebotol
Harga setiap botol air mineral daripada bancuhan Sole adalah RM1.53 sebotol 1.5L.
Lebih murah berkali ganda daripada air mineral Evian dari pergunungan Perancis!
Lebih murah daripada air mineral jenama Spritzer, Alpine, Cactus, Dasani, F&N Ice Mountain!

Saturday, June 21, 2014

TIPS TAMBAH SUSU BADAN [Breastfeeding]

Cara Menambah Susu Badan dengan cara sihat dan semulajadi
 
Untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka  tiada, susu mereka kurang. Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi Nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Disini saya kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih
Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering
Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma
Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik/Betik muda
Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis
Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air
Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi

Susu saya cukup untuk bayi saya!

Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.



PRODUK SUPPLEMENT SUNNAH - QASEH GOLD ADINDA - MENAMBAH SUSU IBU
http://www.facebook.com/qasehgolddistributor


Thursday, June 19, 2014

Testimoni Qaseh Gold | Qaseh Gold Milk Booster - Tambah Susu Badan #1



Wahai ibu-ibu, usah gusar jika susu badan merudum... amalkan Qaseh Gold Adinda... Insya Allah susu badan akan sentiasa ada.








Trend Makan Milk Booster @ Penggalak susu

Sumber : http://zahirahzainal.blogspot.com/
Isnin, 8 Ogos 2011

Apa dah jadi? Trend makan "milk booster @ penggalak susu" semakin menjadi-jadi!...

Salam ramadhan kepada semua mummy2 cantek di luar sana! :)...

Aduh...apa dah jadi ni. Aku tengok sekarang ni, trend makan milk booster semakin menjadi2. Pihak yang sedang mengaut keuntungan pun, menjadi2 iklankan stok2 milk booster untuk mummy2 yang beriya sangat nak breastfeed anak mereka, terutama bagi yang first time breastfeeding.

Percaya tak, mummy2 yang sedang hamil kat luar sana tu, belum bersalin lagi, dah sibuk2 fikir N cari nak makan milk booster apa yang terbaik. Sebab takut tak cukup susu punya pasal. Belum bersalin, dah buat persediaan untuk "breastfeeding" sampai begitu sekali. Huii..dasyat betul. Aku dulu masa anak first pun tak macam tu. (walaupun dalam hati risau bangat kot2 breast tak keluar susu). Maklumlah, kan mama aku dah pesan, "keturunan kita, keturunan tiada susu."

So, macamana ni? Apa penyelesaiannya? Jom baca nasihat N penerangan aku sampai habis k! :)...

Pertama sekali, FAHAM DULU, bagaimana susu ibu terhasil. Ini asas. Siapa tak mau amik tahu, memang rugilah. Kalau tak kuat, mungkin perjalanan breastfeeding akan berhenti di tengah jalan.

Susu ibu terhasil daripada rangsangan bayi itu sendiri. Bila anak mula menghisap susu, secara automatik, otak akan menerima arahan dari kilang2 susu, supaya menghasilkan susu. Sila tengok jap gambar di bawah. Mesti mummy boring tengok gambar ni aje, nasiblah.... Sekadar nak beri gambaran je ni. Takut ada yang tak nampak bayangan tentang apa yang aku jelaskan tadi.



So, mummy nampak tak kat sini, bahawa susu ibu yang terhasil, memang berkait rapat dengan otak (fikiran kita). Sebab tu, kalau kita hantar signal yang salah, seperti kurang susu, tiada susu, anak lapar, susu tak cukup dan sebagainya. Itulah yang akan terjadi. Sebab, kilang susu tu, ikut perintah dan arahan dari otak. Dah otak kita kata susu tak cukup, yelah tu...Memang takkan cukup.

Lagi satu, mummy perasan tak, N pernah dengar tak, ada mummy2 yang mengadu, dah makan milk booster macam2, susu kurang jugak! Ada pulak yang cakap, susu ibu rezeki masing2. Memang betul, semua rezeki ditentukan Allah. Tapi, Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya.

Kan aku dah pesan, pasal "breastfeeding" ni, ianya bersifat semulajadi serta fitrah manusia. Macamana, perempuan ditakdirkan boleh mengandung dan bersalin, begitu juga dengan menyusu. Insyaallah, kalau kita dah pasang niat yang betul, pasti akan berjaya!

Kenapa aku sebut pasal, " Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya." Sebabnya, kenapa mummy masih percaya pada benda2, cakap orang N sebagainya. Kan aku dah pesan, jangan percaya pada benda2 tu semua. Anggap apa yang kita lakukan, bila makan milk booster tu, ianya sekadar, usaha dan ikhtiar kita. Bukan dek kerana milk booster tu yang berkesan! Sebab tu, niat menyusu ni, tanamkan di dalam hati, sebaik saja kita disahkan mengandung. Banyakkan berdoa serta berselawat, mohon pada Allah agar dikurniakan rezeki menyusu yang melimpah ruah.

Kadang2 aku 'confuse' jugak ni, mummy2 yang susah N kekurangan ilmu dan wang, takde pulak alami masalah kurang susu ni. Terbalik lak ngan mummy2 yang berpendidikan tinggi N terlebih wang. Sebabnya, mummy2 yang kat luar ni, mudah terpengaruh dengan iklan2 atau cakap2 orang. Berbanding dengan mummy2 yang dok kampung (orang2 susah), walau ada iklan susu menarik camana pun, dia tetap tiada pilihan lain. Nak tak nak, terpaksa gak nyusukan anak diorang, sebab duit takde. Mungkin 'kekurangan duit' tu, adalah 'milk booster' diorang kot. Sebab, otak diorang secara automatik dah hantar signal, ANAK AKU NI, TIADA SUSU LAIN SELAIN SUSU IBU. (ini jelah yang mak mampu beri... minumlah nak, mudahan kamu kenyang...)

Sebabnya aku marah sangat ni, aku dulu pun terlibat sama (masa anak first)! Sibuk makan itu ini, beli itu ini, nak kasi susu banyak punya pasal. Sampai kena sound dengan "akak kat ofis, ni apa yang bau busuk nih! Bau herba apa ni!"

Terkenang kisah2 lama, nak tergelak pun ada, sebak pun ada. Macam2 cabaran yang aku hadapi. Bukan mudah nak memulakan penyusuan hingga berjaya ni. Tambah lak, kita ialah orang yang pertama pencetus rovolusi baru kat ofis, menyusu anak sepenuhnya, tanpa campur setitik pun susu formula. Sedih wey...kalau nak citer.... ;(

Next time aku akan citer, apa yang telah aku lalui, yang sangat2 aku ingat sampai ke hari ini.

So, kesimpulannya, aku nak pesan, jangan kelam kelibut sangat cari N makan milk booster macam2. Makan je makanan berkhasiat, yang penting, jaga solat, dan hubungan dengan Allah, supaya doa dan harapan kita dimakbulkan olehNya. (peringatan untuk diri sendiri ni....! )

Selamat menyusu, semoga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah...amin...

Salam sayang dan ikhlas,

~atia a.k.a zahirahzainal~

Thanks to blogger : http://zahirahzainal.blogspot.com/ ---> Peace yo!

5 TIPS TAMBAH SUSU BADAN

Ramai ibu mengadu susu tiada seawal waktu dalam pantang. Ada juga yang mengadu masa awal pantang susu mencurah-curah, bila dah nak masuk 20 hari ke atas, susu mula merudum.  Oh! Tentu menggusarkan...

Berikut saya kongsikan 5 tips penyusuan susu ibu untuk membantu menambah & membanyakkan susu badan. Insya-Allah tips ini boleh diamalkan oleh semua ibu-ibu yang inginkan susu badan yang banyak dan meriah

Tips-Banyak-Tambah-Susu

1. Pam atau Susukan Bayi Setiap 2-3 Jam

Payudara kita menghasilkan susu mengikut konsep supply and demand. Lagi kerap dan banyak permintaan, lagi banyak susu akan dihasilkan. Payudara tak akan kering, jika kita kerap perah atau pam susu, bahkan ia akan menghasilkan susu dengan lebih banyak!
  • Sewaktu berpantang, saya suka mengesyorkan agar si ibu pump susu setiap 2 jam. Kalau bayi menyusu direct lagi bagus, jadi boleh susukan bayi setiap 2 jam 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Kebanyakan ibu beranggapan susu hanya boleh diperah jika payudara mula penuh. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Kita sendiri perlu memprogramkan payudara agar ia menghasilkan susu setiap 2 jam.
  • Bila kita perah atau pam setiap 2 jam, buat konsisten selama seminggu hingga 2 minggu, insya-Allah pada minggu seterusnya, payudara akan sendiri hasilkan susu pada setiap 2 jam
3. Minum Banyak Air
  • Salah satu komponen utama susu adalah cecair. Jadi untuk menghasilkan susu yang banyak, kita perlu pastikan tubuh kita sentiasa banyak air. Adalah penting untuk anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk memastikan susu kekal meriah 
4. Penyusuan Malam
  • Waktu malam kebiasaannya mood kita mula tenang dan relax. Bila mood tenang, penghasilan susu akan menjadi lebih lancar. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
5. Tandem Pumping
  • Amalan tandem pumping ini dilakukan untuk memaksimumkan penghasilan susu. Tandem pumping ialah mengepam kedua-dua belah payudara serentak. Pada waktu bayi menyusu, jika bayi menyusu pada belah kanan, kita pam pada belah kiri.
  • Bila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payudara sebelah kiri turut akan menghasilkan susu. Jadi, takdelah membazirkan? 


http://www.facebook.com/qasehgolddistributor

Sunday, June 15, 2014

Fungsi Qaseh Adinda & Kekanda



QASEH GOLD KEKANDA
RP(WM) RM 71.90
RP(EM) RM 76.90

Rumusan makanan sunnah khusus untuk lelaki dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, delima dan air zam-zam bersama za'faran dan pelbagai herba terpilih lain serta gum arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu guarana, ashwaganda dan tribulus.
Qaseh Kekanda berfungsi untuk:
Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
Menambah tenaga dalaman dan luaran
Mencerdaskan minda
Membuang toksin
Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
Meningkatkan sistem imun
Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
Mempercepatkan penyembuhan
Menstabilkan mood

✔Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun.
✔Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari!

TIPS:
1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Gunakan sudu plastik.
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.



QASEH GOLD ADINDA
RP(WM) RM 71.90
RP(EM) RM 76.90

Dirumus dengan madu, kurma, habbatus sauda, buah tiin (fig), minyak zaitun, saffron dan air zam-zam bersama herba lain.

Qaseh Adinda juga dicampur dengan herba khusus untuk wanita iaitu manjakani, pegaga dan buah markisa. 

Qaseh Adinda berfungsi untuk:

Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian
Menambah tenaga
Mencerdaskan minda
Membuang toksin
Melancarkan penyerapan dan perkumuhan
Meningkatkan sistem imun
Memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf
Mempercepatkan penyembuhan
Menstabilkan mood
Menstabilkan hormon

✔Qaseh selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. 
✔Sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi.

TIPS:
1. Makan 2-3 sudu besar pagi sewaktu perut kosong dan 2-3 sudu besar lagi sebelum tidur malam.
2. Makan menggunakan sudu plastik
3. Minum air yang banyak untuk mengeluarkan toksin dari tubuh.



QASEH GOLD JUNIOR
RP (WM) RM 60.00
RP (EM) RM 65.00

Qaseh Gold Junior ialah campuran minuman botani formulasi Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, habbatus Sauda' dan air Zam Zam. Dipekayakan juga dgn Bayam, Kismis dan Badam/Almond

InsyaAllah membantu :
- Membekalkan Tenaga
- Mencerdaskan Minda
- Menguatkan Sistem Imun
- MenyokongTumbesaran
- Membekalkan Serat dan banyak lagi

Info KISMIS

Kismis adalah satu manisan asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Info Badam / Almond

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi. Contohnya 30 hingga 40 gram badam menyediakan 45 peratus daripada keperluan harian vitamin E dan magnesium seseorang.

Info Bayam

Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink(Zn). Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.[3] Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena. Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.

Qaseh Junior adalah makanan harian khusus untuk bayi dan kanak-kanak berusia 1 - 12 tahun.

TIPS:

1. Gunakan sudu plastik.