Qaseh Gold

Tuesday, June 24, 2014

KHASIAT KURMA - QASEH GOLD ADINDA KEKANDA

Kurma adalah salah satu buah istimewa yang disebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran!

Kurma - Qaseh Gold


Kurma - Qaseh Gold 

Kurma juga adalah merupakan makanan pilihan Rasulullah saw kerana mengandungi khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia.
Kurma - Qaseh Gold
Sabda Rasulullah SAW…
“Sesungguhnya terdapat satu pokok, barakahnya seperti barakah seorang muslim.Ia adalah pohon kurma.” (Shahih Al-Bukhari)

“Sesiapa yang bersarapan (makan pagi) dengan tujuh biji kurma ‘ajwah, maka pada hari tersebut dia tidak akan dibahayakan dengan racun dan tidak juga sihir.” (Sunan Abi Daud)

“Tidak akan kelaparan penghuni rumah yang di dalamnya memiliki at-tamr (kurma kering).” (Shahih Muslim)

Dari Abi Musa radhiyallahu ‘anhu:
“Ketika anakku lahir, aku membawanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau memberi nama bayiku Ibrahim, dan beliau mentahniknya dengan kurma lalu mendoakannya dengan keberkahan. Kemudian beliau kembalikan kepadaku.” (Shahih Al-Bukhari)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:
“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidaklah keluar di waktu pagi ‘iedul fithri sampailah beliau terlebih dahulu memakan beberapa tamr (kurma kering).” (Shahih Al-Bukhari)

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai khasiat makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2%, serat 2-4% manakala kandungan gulanya 50-57% glukosa.
Kandungan gula di dalam kurma telah ditukar secara semulajadi dalam bentuk yang boleh diserap oleh badan dengan serta merta. Allahuakbar!
Gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fruktosa. Gula tebu atau gula pasir pula mengandungi sukrosa. Gula fruktosa dan sukrosa tidak boleh diserap terus oleh badan. Ia terpaksa dipecahkan dulu oleh enzim untuk menjadi glukosa supaya boleh diserap oleh badan sebagai tenaga.
Amalan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan. (Dr Suriya Osman)
Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. (Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia)
Khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. (Kajian Ahli Sains Mesir)

Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Junior menggunakan pes (puri) kurma asli yang memastikan anda sekeluarga mendapat semua kebaikan buah kurma yang merupakan sumber tenaga segera, mineral dan vitamin semulajadi.

Qaseh Gold memberikan rasa buah asli yang segar. Anda dan keluarga pasti sukakan kebaikan Qaseh Gold!

No comments:

Post a Comment